Semakan Keputusan UPU Lepasan SPM

Semakan boleh dibuat bermula jam 12 tengah hari, pada 3 Jun 2020 (Rabu) melalui saluran hebahan di UPUPocket 2.0.

Selain menerusi UPUPocket 2.0, mereka juga boleh menyemak status menerusi pautan 


http://jpt.ums.edu.my
https://jpt.unimas.my
https://jpt.utm.my 
http://jpt.uum.edu.my

Surat tawaran akan dikeluarkan oleh pihak UA, IPG, Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA dan semua calon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh ditetapkan.

Tawaran tempat adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran adalah tidak dibenarkan.

Katanya, pemohon yang gagal menerima sebarang tawaran ke UA, IPG, Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA boleh mengemukakan rayuan.

Bagi permohonan ke UA, IPG, Kolej Matrikulasi, rayuan boleh dibuat melalui UPUOnline Rayuan di pautan http://upu.moe.gov.my dalam tempoh lima hari bekerja mulai 3 Jun hingga 10 Jun, jam 12 tengah hari hingga 5 petang.

Bagi permohonan ke Politeknik Premier, Politeknik Konvensional / METrO, Kolej Komuniti dan ILKA, rayuan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan terus kepada agensi berkaitan

Kenyataan itu menjelaskan, dasar pemilihan rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat mengikut program pengajian di UA, IPG, Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA selepas pendaftaran pelajar baharu.

Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA Jabatan Pendidikan Tinggi (BKPA JPT) akan membuka kemudahan ‘Hotline’ mulai 3 Jun hingga 10 Jun dari jam 8.30 pagi hingga 4 petang untuk memudahkan pemohon membuat semakan dan mendapatkan khidmat runding cara.

Pemohon boleh menghubungi BKPA JPT di talian telefon 03-8870 8200 untuk bantuan.

Pendaftaran kemasukan ke 17 UA akan bermula pada 13 Julai hingga 4 Oktober depan sementara kategori lain bermula pada 5 Julai hingga 4 Januari tahun depan.

SEMAKAN PANGGILAN TEMU DUGA LEPASAN SPM SESI AKADEMIK 2020/2021

Semakan panggilan temu duga permohonan UPUOnline bagi lepasan SPM mulai 27 April 2020, 12.00 tengah hari melalui url berikut:

Permohonan UPUONLINE Sesi Akademik 2020

Permohonan UPUOnline Ke Universiti Awam (UA), Institut Pendidikan Guru (IPG), Kolej Matrikulasi (KM), Politeknik, Kolej Komuniti  Dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) Sesi Akademik 2020/2021 dibuka kepada lepasan SPM dan STPM/Setaraf pada 24.2.2020. 

Tarikh tutup bagi permohonan UPUOnline adalah seperti berikut:

  • Lepasan SPM : 31.3.2020
  • Lepasan STPM/Setaraf : 7.4.2020

Lepasan SPM

  • Terbuka kepada kategori A (SPM 2019) dan Kategori B (SPM 2018 & 2017)
  • Warganegara Malaysia yang mempunyai Nombor Kad Pengenalan/ My Kad yang sah dan diperakui oleh Jabatan Pendaftaran Negara
  • Peringkat pengajian sijil, asasi,matrikulasi, diploma dan sarjana muda
  • Program pengajian di Universiti Awam, Kolej Matrikulasi, Institut Pendidikan Guru, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam
  • Rujuk syarat di e-Panduan

Lepasan STPM / SETARAF

  • Terbuka kepada lepasan STPM 2019, Matrikulasi KPM/Asasi PASUM/Asasi UITM (tahun semasa), STAM 2019 dan 2018, dan Diploma/Setaraf
  • Warganegara Malaysia yang mempunyai Nombor Kad Pengenalan/ My Kad yang sah dan diperakui oleh Jabatan Pendaftaran Negara
  • Menyambung ke peringkat pengajian ijazah sarjana muda di UA
  • Program pengajian di 20 Universiti Awam diseluruh Malaysia
  • Rujuk syarat di e-Panduan

e-Panduan Permohonan Kemasukan ke Institusi Pengajian

Manual pengguna Lepasan SPM

Manual Pengguna Lepasan STPM/Setaraf

Aplikasi Peranti Pintar UPUPocket

Mohon secara online di UPUONLINE

Penafian : Laman web ini adalah laman web untuk berkongsi maklumat permohonan ke UPU. Laman ini tidak mempunyai kaitan dengan Bahagian Kemasukan ke IPTA dan Jabatan Pengajian Tinggi. Sila rujuk maklumat terkini di laman web rasmi UPU di upu.moe.gov.my